Sunday, 8 April 2012

NaSi AyAm PeNyEt

ASSALAMUALAIKUM,,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNYA bernafas pada hari ini..Hujung minggu bisanya dapor chepuan tak berasap..Chepuan sekeluarga  sarapan merangkap makan tengah hari kat luar..Hari ini ke Ipoh sebab nak daftarkan suami untuk pertandingan photografi..tapiiiiii kedainya tutup..punggggaa!!kan dah kata cuti.Baliklah dengan perasaan yg kecewa..Takpe nanti dafta scara online..kata pakcik anas..dah tu nak cakap mcm mana lagi kan..mcm tulah kojenya..nak berak baru gali lobang..sikalang sapa yg susah,,Pakcik jugak..

Okey busan dengar chepuan gebang ya,,Hehehehe..meh kita kongsi resepi NASI AYAM PENYET..nie chepuan masak pada Jumaat lepas..sekarang baru nak post kat sini..1st time makan dan masak..Sungguh tak mengecewakan..SEDAPPP..tak tiffu punyyyaa..Alif anak chepuan yg sulung tanya.."nie bukan ayam yang kena penyet kat tayar keta kan ibu?"hahahaha adoii la..apa punya pertanyaan la..abaikan..Jom kita serbu resepinya.

Bahan2 utk Ayam..


  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng. 
Cara2nya,

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- 
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Siap.
 
 Sup Ayam-chepuan punya style

 Bahan2nya
 3biji bwg merah-ditumbuk
 2 biji bwg putih-ditumbuk
 1 inci halia -dititik
 1 sb pati ikan bilis-guna know
 3cwn air rebusan ayam
1 paket bebola ikan
 sedikit garam

Cara2nya
1.Tumiskan bwg merah dan putih..
2. Masukkan air rebusan ayam bersama halia dan pati ikan bilis..
3.Biarkan mendidih dan masukkan bebola ikan..
4.Perasakan ..Siap..


Sambal tendang terajang Sasha Rahmat style

Bahan2nya
1 genggam ikan bilis-digoreng#
10biji cili padi#
5 biji lada besar#
2biji tomato
2 biji limau kasturi
1 biji bwg besar
garam

Caranya
1.Blend bhn2 yg digoreng dgn 1 biji tomato bersama sedikit air..
2.Hiris bwg besar dan tomato
3.Masukkan dlm bhn2 g diblend tadi..
4.Perasakan dgn garam,gula dan air limau kasturi..Siap


Lupo plk nak snap gambo nasi..hehehe

Bahan2nya
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td
 Cara2nya
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa. 
Terima kasih untuk mama Hazizah Baba kerna berjaya mengences chepuan..Kakcha sambal tendang terajangmu memang kick dan juga tak lupa untuk My Resipi.Kebanyakkan chepuan copy kat My Resepi.Macih ya utk tuan tanah resepi ini..


Jangan lupa mencuba ya..Tak rugi..memang berbalaoi2..Chepuan tak tahu plk harga sebenar 1 set Nasi Ayam Penyet nie kat luar..


SELAMAT MENCUBA YA!!!

1 comment:

  1. nmpk sdp sgt...resepi pn mcm tak ssh sgt nk ikot...tringin sgt nk buat,mkn kt luar mcm kureng rsnye,pedas mmg x bule tahan..

    ReplyDelete