Wednesday 11 April 2012

ROTI TORTILLA BERINTI SAMBAL TUNAMAGIC


ASSALAMUALAIKUM...



Selamat tgh hari..nie sarapan kami ber3 pagi tadi..tapi ade xtra nasi lemak 3 bungkus..hehehehe Biasalah cuti2 mcm nie ade2 jer nak makan kan..Masak utk tgh hari nie lmbt skit..tu yg dpt tulis n3 ditgh hari begini.
Simple aje..roti dan intinya semua dah readymade..tinggal nak hidangkan aje..

Bahan-bahan

4 keping roti tortilla segera
1 tin tuna -guna tunamagic
2 biji tomato-dipotong dadu
1 biji bawang besar-dicincang
kobis cina
lada sulah

Cara-caranya

1.Panaskan roti tortilla
2.Dalam bekas lain..campurkan isi tuna bersama bwg besar,lada sulah dan tomato dan kobis cina..
3.Letakan inti tuna keatas roti tortilla..dan bungkus mcm kita bungkus popia..SIAP..

SELAMAT MENCUBA YA!!

Tuesday 10 April 2012

ASAM REBUS BENDI


Assalamualaikum..salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Harinie masak yg simple2 aje..semalam sakan makan Nasi Ayam Penyet..utk yg kedua kalinya..betul2 berselera ..Kali ini ASAM REBUS BENDI menjadi pilihan ..walaupun resepinya simple..chepuan nak kongsikan jugak resepinya kat sini..utk rujukan anak dara chepuan kemudian hari..

Bahan-bahan:
3 biji cili merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1inci lengkuas
20 helai daun kesum
2 asam keping
air secukupnya
garam
belacan
10 ekor ikan bilis
20 biji bendi
Cara-cara:
1. Tumbukkan kunyit hidup, bawang putih, cili merah, bawang merah, ikan bilis dan belacan hingga sedikit lumat.(Kalau tak lumat2 pun tak pe). Tumbuk secara kasar untuk lengkuas. Kalau kisar pun boleh juga tapi
kurang 'kick' la..hehe
2. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam sebuah periuk kecil. Kemudian, masukkan daun kesum dan asam keping. Tambahkan air.
3. Buka api dan didihkan kuah tadi,
4. Setelah mendidih, perasakan dengan garam. Masukkan bendi dan kacau rata. Tutupkan api setelah bendi menjadi sedikit layu. 


Inilah hasilnya..antara yg menjadi kesukaan chepuan..gandingkan dgn budu,ikan masin dan sambal belacan tendang terajang..fuhhhhh!!!mantop :-)Jangan segan2 dan malu2 utk mencuba ya..

Sunday 8 April 2012

NaSi AyAm PeNyEt

ASSALAMUALAIKUM,,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNYA bernafas pada hari ini..Hujung minggu bisanya dapor chepuan tak berasap..Chepuan sekeluarga  sarapan merangkap makan tengah hari kat luar..Hari ini ke Ipoh sebab nak daftarkan suami untuk pertandingan photografi..tapiiiiii kedainya tutup..punggggaa!!kan dah kata cuti.Baliklah dengan perasaan yg kecewa..Takpe nanti dafta scara online..kata pakcik anas..dah tu nak cakap mcm mana lagi kan..mcm tulah kojenya..nak berak baru gali lobang..sikalang sapa yg susah,,Pakcik jugak..

Okey busan dengar chepuan gebang ya,,Hehehehe..meh kita kongsi resepi NASI AYAM PENYET..nie chepuan masak pada Jumaat lepas..sekarang baru nak post kat sini..1st time makan dan masak..Sungguh tak mengecewakan..SEDAPPP..tak tiffu punyyyaa..Alif anak chepuan yg sulung tanya.."nie bukan ayam yang kena penyet kat tayar keta kan ibu?"hahahaha adoii la..apa punya pertanyaan la..abaikan..Jom kita serbu resepinya.

Bahan2 utk Ayam..


  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng. 
Cara2nya,

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- 
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Siap.
 
 Sup Ayam-chepuan punya style

 Bahan2nya
 3biji bwg merah-ditumbuk
 2 biji bwg putih-ditumbuk
 1 inci halia -dititik
 1 sb pati ikan bilis-guna know
 3cwn air rebusan ayam
1 paket bebola ikan
 sedikit garam

Cara2nya
1.Tumiskan bwg merah dan putih..
2. Masukkan air rebusan ayam bersama halia dan pati ikan bilis..
3.Biarkan mendidih dan masukkan bebola ikan..
4.Perasakan ..Siap..


Sambal tendang terajang Sasha Rahmat style

Bahan2nya
1 genggam ikan bilis-digoreng#
10biji cili padi#
5 biji lada besar#
2biji tomato
2 biji limau kasturi
1 biji bwg besar
garam

Caranya
1.Blend bhn2 yg digoreng dgn 1 biji tomato bersama sedikit air..
2.Hiris bwg besar dan tomato
3.Masukkan dlm bhn2 g diblend tadi..
4.Perasakan dgn garam,gula dan air limau kasturi..Siap


Lupo plk nak snap gambo nasi..hehehe

Bahan2nya
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td
 Cara2nya
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa. 
Terima kasih untuk mama Hazizah Baba kerna berjaya mengences chepuan..Kakcha sambal tendang terajangmu memang kick dan juga tak lupa untuk My Resipi.Kebanyakkan chepuan copy kat My Resepi.Macih ya utk tuan tanah resepi ini..


Jangan lupa mencuba ya..Tak rugi..memang berbalaoi2..Chepuan tak tahu plk harga sebenar 1 set Nasi Ayam Penyet nie kat luar..


SELAMAT MENCUBA YA!!!

Saturday 7 April 2012

BLENDED ORANGE CUPCAKE

Resepi yg semudah ABC..Kata tuan empunya resepi..chepuan pun apalagi..yg mudah dan sempoi memang menjadi pilihan..maklumlah budak2(budak2 beso) baru belajar..Resepi ini diambil di group sembang2 makanan/minuman dimukabuku yg dipengerusikan oleh pn.REEN KHAN SHARIFF..org otai dlm bidang masakan..chepuan???yaaa adooo jolahh ;))

1st batch yg keluar dr oven

Bahan-Bahan..
1 bji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
1/2 cawan kismis direndam dgn sunquick-yg nie chepuan pandai2 boh

Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Kemudian masukkan kismis yg direndam ngan sunquick tadi..
Cedukan adunan kedalam cup ..
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam utk cake..dan utk cupcake bakar pd suhu 150C selama 15 minit..

Sebenarnya resepi nie utk kek..tapi yelah dah sampai ketangan chepuan dah lain jadiknya,,bukan apa,,senang nanti chepuan nak bagi utk jiran2..sorang dptlah 6 biji..Alhamdulillah :)

SELAMAT MENCUBA YA!!!

Friday 6 April 2012

SOTONG KICAP

Lagggggiii pheberet cik alya..nak buat macam mana..dah tu yg dimintak pagi tadi sebelum pergi ke sekolah .Suka hati chepuan sebab dah tau apa yg nak dimasak utk hari ini.. ;) Nak masak pon senang..haiiyaa manyak senang ati oii :))) Resepi yg simple ada kat bawah..

hati manyak suka..potong sutun jadi ini macam :>














 Bahan-Bahan..
1/2 kilo sotong sederhana-dibersihkan dan toskan
1 inci halia-dititik
3sb sos tiram
2 biji bawang putih-dititik
1biji bawang besar -dihiris
2 biji bawang merah-ditumbuk
2 biji lada besar-dihiris
1 biji tomato -potong
1 tangkai daun bawang-dihiris
1/2 cawan kicap
Garam dan gula

Cara memasak....
Tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia..sehingga wangi
Masukkan sos tiram ,kicap..kacau..
Kemudian masukkan sotong bersama bawang besar..biarkan sekejap coz kalau terlalu lama sotong akan liat
Masukan lada besar bersama tomato dan daun bawang..
Perasakan dgn gula dan garam..siap

Kan dah kata sungguh simple..x sempat ketiak berpeluh orang kata..hehehehehe

SELAMAT MENCUBA YA!!!




KARI IKAN MERAH




cik alya punya pheberet!!

Inilah masakan kegemaran cik alya selain dr sutun..KARI IKAN MERAH..kalau buat yg nie sure makan bertambah2..Dah x boleh nak kata apa..mungkin masa ngandungkan dia dulu chepuan suka makan nasi kandaq kot..tu yg lekat sampai sekarang..tapi kari nie taklah sehebat kari mamak k..yg nie style chepuan..

Bahan-Bahan..
1 ekor ikan merah-dipotong 3
3sb minyak masak
2cm kulit kayu manis    
setangkai daun kari
1 biji bawang besar-dihiris
4 biji bawang putih-dihiris
1st halba campur
1 pekat serbuk kari ikan}##
3 biji bawang merah-ditumbuk}## yg bertanda ## dibancuh dgn 1/2 cwn air
1 sb asam jawa-dilarutkan dgn 1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
Bendi dan tomato
Garam dan gua secukup rasa

Cara memasak
1.Panaskan minyak masak
2.Tumiskan halba campur,kulit kayu manis,hirisan bawang besar dan putih serta daun kari..
3.Tumis hingga kekuningan
4.Masukkan  bahan yg bertanda##..tumis selama 10 minit sehingga pecah minyak dgn menggunakan api 
   yang kecil.. 
5.Kemudian masukkan 2 cawan air dan larutan air asam jawa bersama ikan..
6.Biarkan masak selama 10-15 minit menggunakan api yg sederhana ..
7.Kecilkan api..masukkan santan pekat dan garam secukup rasa..bi..arkan mendidih selama 5 
    minit..masukkan bendi dan tomato..
8 .Sedia utk dihidangkan..

Kari ikan ini juga sesuai dimakan dgn lempeng atau roti putih..

SELAMAT MENCUBA!!


Thursday 5 April 2012

UDANG MASAK LEMAK JINTAN

Okey...resepi ini diinspirasikan dr sahabat chepuan iaitu Anna Qawina..Dah lama buat..sekarang baru nak tayang kat sini..

Bahan2
1/2 batang timun@ 1/2 biji nanas muda @belimbing buluh
sedikit myk masak
2 cwn santan cair
4 ekor udang galah-kami guna udang biasa aje
sedikit garam
1 cwn pati santan
6 biji cili merah~dibelah

Bahan ditumbuk
2 st jintan manis
4 biji bwg merah
2 ulas bwg putih
2 btg serai
2 cm kunyit hidup
5 biji cili api

Cara2
-Potong timun @ nanas kecik2.
-Panaskan myk dlm kaserol dan tumis bhn2 yg ditumbuk dgn api yg perlahan..kacau hingga wangi.
-Bubuh timun@nanas@belimbing buluh dgn udang..kacau..
-Masukkan garam bersama ngan pati santan,cili merah dan kacau hingga mendidih..
-Angkat dan hidangkan.





SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday 4 April 2012

PUDING ROTI KARAMEL

Assalamualaikum...Harinie chepuan nak berkongsi resepi PUDING ROTI KARAMEL dgn kawan2 semua..Resepinya simple aje..Chepuan dpt resepi ini drpd Buku Resepi iaitu sebuah page kat mukabuku  chepuan..Terima kasih kpd tuan empunya resepi ini iaitu Noor Hayati Saad...




Bahan-Bahan

4 keping roti gardenia@roti2 lain pun xpa
3 biji telur
1 cawan susu pekat
2 cawan air suam
3 sudu gula(bt gula hangus)
1 sudu esen vanila

CARA2NYA;-
carik2kan roti..rendam dalam air suam td.
hanguskan gula dalam loyang..atas api sederhana.sejukkan
kisar roti bersama susu.
telur dipukul sebentar kemudian tapiskan.
masukkan dalam roti td.masukkan esen vanila..kisar lg sebentar.
panaskan kukusan.
masukkan bahan tadi ke dalam loyang yg berisi gula hangus td.
kukus hingga masak..anggaran 40 minit..cucuk dgn garfu utk pastikan puding dah benar2 masak..jika x melekat di garfu..



setelah dipotong
 SELAMAT MENCUBA!!!

Tuesday 3 April 2012

MaKaRoNi BaKaR





Resepi makaroni bakar nie chepuan dpt drpd rakan fb chepuan ..iaitu AZNI ROZIMA..sesiapa yg berkenan bolehlah cuba..memang sedaap..puas hati..


BAHAN
300g makaroni }rebus hingga lembut
300g daging cincang }potong kecil2 (aznie kisar je)
5 ulas bawang merah }tumbuk
2 ulas bawang putih }tumbuk
2 1/2 s/b serbuk kari
10 biji telur }pukul sebati
2 biji cili merah }hiris
sedikit daun bawang }hiris
cheese }ikut suka
garam & perisa

-tumis bawang merah & bawang putih hingga wangi..jgn hangus dh la nnt pahit...
-kemudian bubuh rempah kari...kacau rata.....
-masukkan daging....kacau sebati..
-masukkan makaroni, garam & perisa jika suka.....gaul sebati...tutup api....
-sediakan loyang... lapikkan ngan kertas kek...supaya senang nk keluar nnt.....
-masukkan adunan makaroni kedalam loyang....ratakan....
-taburkan ngan cili & juga daun sup....
-tuangkan telur.........
-taburkan pula ngan cheese....ikut la byk mn kita nk....
-bakar la dlm oven pada suhu 180'c selama 25-30 minit.....



 Inilah hasilnya..dah byk kali chepuan cuba..nanti try buat k..OKlah dah nak stop..rempit kejap mau ambik anak2 chepuan kat sekolah agama..Assalamualaikum semua :) 

SELAMAT MENCUBA YA!!

KeRaBu NaNgKa MuDe

Kerabu memang menjadi feveret chepuan..dalam seminggu( kalo rajin ) mesti ade ..x kisah kerabu apapun memang suko.Sebenarnya ada kisah nostalgia chepuan ngan kerabu..kalo makan kerabu mesti teringat kat arwah adek ,,walaupun dah nak masuk 6 thn ketiadaannya..masih teringat saatnya bersama..arwah mea punya kesukaan kerabu pucuk paku..selalu suruh mak buatkan..tapi arwah pon pandai jugak buat sendiri..pernah rasa arwah..emm sedap:)Nanti lain kali cikpuan kongsikan recepi kerabu pucuk paku plk ya..

kerabu nangka


Okaylah mesti boring dgr cter nostalgia chepuan kan.. mohle kita ambik resepi kat bawah nie..

Bahan2
Nangka muda -direbus terlbh dahulu dan toskan
Kelapa parut 1/2 biji   -disangai
Santan pekat 1 cwn
Ikan selayang-direbus @ dibakar-ambi isinya
Bawang merah 5 ulas
Lada hitam 1 sk-ditumbuk
Serai 1 batang
Kacang panjang 3batang
Cili padi 10 biji


Cara2nya
Tumbuk bawang merah,lada hitam dan serai sampai lumat..pastu masukkan isi ikan..tumbuk lagi..chepuan guna lesung batu..
Tumbuk kelapa parut yg telah disangai  sampai halus tapi jgn bagi pecah myk...
Dalam bekas besar..campukan nangka muda yg dipotong kecil2 bersama dgn kacang panjang ,bhn2 yg ditumbuk,cili padi dan santan pekat gaul bagi mesra..
Perasakan dgn garam dan gula..

LAGI PIC KERABU NANGKA
Kerabu nie resepi mak chepuan..Klate style..tapi tak manis ya..jangan takut utk mencuba.. :)


SELAMAT MENCUBA YA!!

Sunday 1 April 2012

KEK TIRAMISU

Assalamualaikum semua..anak2 cikpuan semua dah tdoq so dptlah buat entry baru mlm nie..Kek yg menjadi kesukaan kami bertiga..seorang lagi(suami -pakcik anas) tak suka makanan yg manis2..tapi dpt isteri yg suka manis2.nasiblah kan...maklumlah cikpuan org klate .. suko manih2(kan dah terkeluar loghat ambo)..Makan bertiga le kami..nikmatt!! :)

setelah dipotong..nielah rupanya
Okelah saya sharekan resepinya kat bawak ya..

Bahan2

1 biji sponge cake-cikpuan beli yg dah siap kat tesco
250ml whipping cream
200 ml cream cheese
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas-utk bancuh nescafe
1sb serbuk nescafe-guna nescafe 3in 1
serbuk koko @ milo-guna milo

Cara2

Bancuh nescafe dgn 1 cwn air panas..
Dalam pengisar satukan gula,cream cheese dan whipping cream..
Putar bagi kental..ketepikan
Potong kek kpd 2 @ 3 bahagian..terpulang..
Kemudian renjiskan@letakkan air nescafe tadi atas ppotongan kek yg pertama..disusuli dgn bhn2 yg diputar kental tadi..taburkan milo..siap utk lapisan pertama..
Ulangi langkah yg sama utk lapisan seterusnya..
Sesudah slesai membedakaknnya..simpan dlm peti ais..

Macam nielah rupo kejadian sebenar2nya..setelah dimakeupkan oleh alya dan alif..tak boleh kata ape2..sakit mata ibunya tengok..


hayoooyoo sakit mata kan..tapi serius sedap :)



Okay selamat mencuba semua..Pakai spec kalo x sanggup tgk..hahahahahaaa..yg nie kawan saya punya..boley refer kat sini..
http://samida74.blogspot.com/2012/01/kek-keju-tiramisu-simplenyummmmmm-bday.html

KEK COKLAT MOIST KARAMEL

Dimulakan dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..Alhamdulillah...Pestime menulis kat blog sendiri..x sama ngan dlm diary kan..InsyaAllah chepuan akan cuba buat yg terbaik..walaupun tak menjadi yang terbaik pun tak pe..Nak sampaikan ucapan terima kasih bolehh????hehehehe..lantaklah chepuan nie kan blog engkau kan..JUTAAN terima kasih kepada suami iaitu PAKCIK ANAS yang begitu memahami dan juga KHAS untuk kak SASHA RAHMAT yang menjadi sumber inspirasi serta yg insan yang pertama mengajak chepuan jadi blogger..Bloger tepi dapo :)Macih kakcha.

Secara peribadi chepuan bukanlah terer bab2 membaking kek..yang simple2 tu bolehlah..Kek Coklat Moist Caramel percubaan kali kedua chepuan..alhamdulillah menjadik..cuma karamelnya nipis..tapi sekejap jer licin..anak2 suka sbb rasanya  yg sedap hingga menjilat jari.. :) Resepinya ade kat bawah ya...resepinya chepuan x tahu dr mana asal keturunannya..yang chepuan tahu kek cekelat moist  ini dr puan Munira.rakan fb chepuan..

rupa bentuk kejadiannya



Bahan2 A 
1 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN GULA - chepuan kurangkan skit
1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN SUSU PEKAT
1 CAWAN MINYAK MASAK
*Semua bahan2 diatas digaul sebati dan masak dgn api yg perlahan
*rehatkan sekejab bila bhn2 telah sebati

BAHAN2 B
3/4 CAWAN GANDUM- chepuan guna 1 cwn
1 SK SODA BIKARBONAT
1 SK BAKING POWDER
*semua bhn2 diatas diayak..lebih afdal sbyk 3 kali..chepuan 1 kali ajee

BAHAN C
4 BIJI TELUR - DIBLENDER
KAN
 
CARA2NYA
-SATUKAN BHN B DAN C KEDLM BHN A SECARA SELANG SELI DAN GAUL NGAN SENDUK..ketepika



UNTUK KARAMEL

2 SB GULA-kalau loyang kecil sedit aje
JADIKANNYA GULA HANGUS

BAHAGIAN ATAS (KARAMEL)

1/2 TIN SUSU CAIR
50 GM GULA KASTOR
1/2 ST ESEN

3 BIJI KUNING TELUR
*semua bahan diatas dikacau lembut..jgn bagi berbuih

Cara2nya
-tuang bhn2 karamel dlm loyang gula hangus tadi
-bakar dlm oven guna keadah bain marie..agak2 dlm 15 minit..
-keluarkan 


tak sabar nak makan ;)
cik Alya yang kuat makan
 SELAMAT MENCUBA YA!!

NOTE:
Bain-Marie
Juga disebut Water Bath @ Steam Bath. Kita meletakkan satu dulang berisi air dibawah tin kek. Kedua-duanya dimasukkan sekali ke dalam ketuhar. Dengan cara ini, kek masak perlahan dari haba air dan tidak berkerak. Sesuai untuk memasak kastard dan kek keju...Dicopy dr blog kakcha :>