Sunday, 1 April 2012

KEK COKLAT MOIST KARAMEL

Dimulakan dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..Alhamdulillah...Pestime menulis kat blog sendiri..x sama ngan dlm diary kan..InsyaAllah chepuan akan cuba buat yg terbaik..walaupun tak menjadi yang terbaik pun tak pe..Nak sampaikan ucapan terima kasih bolehh????hehehehe..lantaklah chepuan nie kan blog engkau kan..JUTAAN terima kasih kepada suami iaitu PAKCIK ANAS yang begitu memahami dan juga KHAS untuk kak SASHA RAHMAT yang menjadi sumber inspirasi serta yg insan yang pertama mengajak chepuan jadi blogger..Bloger tepi dapo :)Macih kakcha.

Secara peribadi chepuan bukanlah terer bab2 membaking kek..yang simple2 tu bolehlah..Kek Coklat Moist Caramel percubaan kali kedua chepuan..alhamdulillah menjadik..cuma karamelnya nipis..tapi sekejap jer licin..anak2 suka sbb rasanya  yg sedap hingga menjilat jari.. :) Resepinya ade kat bawah ya...resepinya chepuan x tahu dr mana asal keturunannya..yang chepuan tahu kek cekelat moist  ini dr puan Munira.rakan fb chepuan..

rupa bentuk kejadiannya



Bahan2 A 
1 CAWAN SERBUK KOKO
1 CAWAN GULA - chepuan kurangkan skit
1 CAWAN SUSU CAIR
1 CAWAN SUSU PEKAT
1 CAWAN MINYAK MASAK
*Semua bahan2 diatas digaul sebati dan masak dgn api yg perlahan
*rehatkan sekejab bila bhn2 telah sebati

BAHAN2 B
3/4 CAWAN GANDUM- chepuan guna 1 cwn
1 SK SODA BIKARBONAT
1 SK BAKING POWDER
*semua bhn2 diatas diayak..lebih afdal sbyk 3 kali..chepuan 1 kali ajee

BAHAN C
4 BIJI TELUR - DIBLENDER
KAN
 
CARA2NYA
-SATUKAN BHN B DAN C KEDLM BHN A SECARA SELANG SELI DAN GAUL NGAN SENDUK..ketepika



UNTUK KARAMEL

2 SB GULA-kalau loyang kecil sedit aje
JADIKANNYA GULA HANGUS

BAHAGIAN ATAS (KARAMEL)

1/2 TIN SUSU CAIR
50 GM GULA KASTOR
1/2 ST ESEN

3 BIJI KUNING TELUR
*semua bahan diatas dikacau lembut..jgn bagi berbuih

Cara2nya
-tuang bhn2 karamel dlm loyang gula hangus tadi
-bakar dlm oven guna keadah bain marie..agak2 dlm 15 minit..
-keluarkan 


tak sabar nak makan ;)
cik Alya yang kuat makan
 SELAMAT MENCUBA YA!!

NOTE:
Bain-Marie
Juga disebut Water Bath @ Steam Bath. Kita meletakkan satu dulang berisi air dibawah tin kek. Kedua-duanya dimasukkan sekali ke dalam ketuhar. Dengan cara ini, kek masak perlahan dari haba air dan tidak berkerak. Sesuai untuk memasak kastard dan kek keju...Dicopy dr blog kakcha :>

No comments:

Post a Comment