Wednesday, 11 April 2012

ROTI TORTILLA BERINTI SAMBAL TUNAMAGIC


ASSALAMUALAIKUM...



Selamat tgh hari..nie sarapan kami ber3 pagi tadi..tapi ade xtra nasi lemak 3 bungkus..hehehehe Biasalah cuti2 mcm nie ade2 jer nak makan kan..Masak utk tgh hari nie lmbt skit..tu yg dpt tulis n3 ditgh hari begini.
Simple aje..roti dan intinya semua dah readymade..tinggal nak hidangkan aje..

Bahan-bahan

4 keping roti tortilla segera
1 tin tuna -guna tunamagic
2 biji tomato-dipotong dadu
1 biji bawang besar-dicincang
kobis cina
lada sulah

Cara-caranya

1.Panaskan roti tortilla
2.Dalam bekas lain..campurkan isi tuna bersama bwg besar,lada sulah dan tomato dan kobis cina..
3.Letakan inti tuna keatas roti tortilla..dan bungkus mcm kita bungkus popia..SIAP..

SELAMAT MENCUBA YA!!

Tuesday, 10 April 2012

ASAM REBUS BENDI


Assalamualaikum..salam sejahtera dan salam 1 Malaysia..

Harinie masak yg simple2 aje..semalam sakan makan Nasi Ayam Penyet..utk yg kedua kalinya..betul2 berselera ..Kali ini ASAM REBUS BENDI menjadi pilihan ..walaupun resepinya simple..chepuan nak kongsikan jugak resepinya kat sini..utk rujukan anak dara chepuan kemudian hari..

Bahan-bahan:
3 biji cili merah
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1inci lengkuas
20 helai daun kesum
2 asam keping
air secukupnya
garam
belacan
10 ekor ikan bilis
20 biji bendi
Cara-cara:
1. Tumbukkan kunyit hidup, bawang putih, cili merah, bawang merah, ikan bilis dan belacan hingga sedikit lumat.(Kalau tak lumat2 pun tak pe). Tumbuk secara kasar untuk lengkuas. Kalau kisar pun boleh juga tapi
kurang 'kick' la..hehe
2. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi ke dalam sebuah periuk kecil. Kemudian, masukkan daun kesum dan asam keping. Tambahkan air.
3. Buka api dan didihkan kuah tadi,
4. Setelah mendidih, perasakan dengan garam. Masukkan bendi dan kacau rata. Tutupkan api setelah bendi menjadi sedikit layu. 


Inilah hasilnya..antara yg menjadi kesukaan chepuan..gandingkan dgn budu,ikan masin dan sambal belacan tendang terajang..fuhhhhh!!!mantop :-)Jangan segan2 dan malu2 utk mencuba ya..

Sunday, 8 April 2012

NaSi AyAm PeNyEt

ASSALAMUALAIKUM,,

Alhamdulillah masih diberi kesempatan olehNYA bernafas pada hari ini..Hujung minggu bisanya dapor chepuan tak berasap..Chepuan sekeluarga  sarapan merangkap makan tengah hari kat luar..Hari ini ke Ipoh sebab nak daftarkan suami untuk pertandingan photografi..tapiiiiii kedainya tutup..punggggaa!!kan dah kata cuti.Baliklah dengan perasaan yg kecewa..Takpe nanti dafta scara online..kata pakcik anas..dah tu nak cakap mcm mana lagi kan..mcm tulah kojenya..nak berak baru gali lobang..sikalang sapa yg susah,,Pakcik jugak..

Okey busan dengar chepuan gebang ya,,Hehehehe..meh kita kongsi resepi NASI AYAM PENYET..nie chepuan masak pada Jumaat lepas..sekarang baru nak post kat sini..1st time makan dan masak..Sungguh tak mengecewakan..SEDAPPP..tak tiffu punyyyaa..Alif anak chepuan yg sulung tanya.."nie bukan ayam yang kena penyet kat tayar keta kan ibu?"hahahaha adoii la..apa punya pertanyaan la..abaikan..Jom kita serbu resepinya.

Bahan2 utk Ayam..


  • 1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan (simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng. 
Cara2nya,

  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- 
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Siap.
 
 Sup Ayam-chepuan punya style

 Bahan2nya
 3biji bwg merah-ditumbuk
 2 biji bwg putih-ditumbuk
 1 inci halia -dititik
 1 sb pati ikan bilis-guna know
 3cwn air rebusan ayam
1 paket bebola ikan
 sedikit garam

Cara2nya
1.Tumiskan bwg merah dan putih..
2. Masukkan air rebusan ayam bersama halia dan pati ikan bilis..
3.Biarkan mendidih dan masukkan bebola ikan..
4.Perasakan ..Siap..


Sambal tendang terajang Sasha Rahmat style

Bahan2nya
1 genggam ikan bilis-digoreng#
10biji cili padi#
5 biji lada besar#
2biji tomato
2 biji limau kasturi
1 biji bwg besar
garam

Caranya
1.Blend bhn2 yg digoreng dgn 1 biji tomato bersama sedikit air..
2.Hiris bwg besar dan tomato
3.Masukkan dlm bhn2 g diblend tadi..
4.Perasakan dgn garam,gula dan air limau kasturi..Siap


Lupo plk nak snap gambo nasi..hehehe

Bahan2nya
  • 3 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • kiub pati ayam/daging
  • 6 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td
 Cara2nya
  1. Panaskan butter. Tumis bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak macam biasa. 
Terima kasih untuk mama Hazizah Baba kerna berjaya mengences chepuan..Kakcha sambal tendang terajangmu memang kick dan juga tak lupa untuk My Resipi.Kebanyakkan chepuan copy kat My Resepi.Macih ya utk tuan tanah resepi ini..


Jangan lupa mencuba ya..Tak rugi..memang berbalaoi2..Chepuan tak tahu plk harga sebenar 1 set Nasi Ayam Penyet nie kat luar..


SELAMAT MENCUBA YA!!!

Saturday, 7 April 2012

BLENDED ORANGE CUPCAKE

Resepi yg semudah ABC..Kata tuan empunya resepi..chepuan pun apalagi..yg mudah dan sempoi memang menjadi pilihan..maklumlah budak2(budak2 beso) baru belajar..Resepi ini diambil di group sembang2 makanan/minuman dimukabuku yg dipengerusikan oleh pn.REEN KHAN SHARIFF..org otai dlm bidang masakan..chepuan???yaaa adooo jolahh ;))

1st batch yg keluar dr oven

Bahan-Bahan..
1 bji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
1/2 cawan kismis direndam dgn sunquick-yg nie chepuan pandai2 boh

Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Kemudian masukkan kismis yg direndam ngan sunquick tadi..
Cedukan adunan kedalam cup ..
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam utk cake..dan utk cupcake bakar pd suhu 150C selama 15 minit..

Sebenarnya resepi nie utk kek..tapi yelah dah sampai ketangan chepuan dah lain jadiknya,,bukan apa,,senang nanti chepuan nak bagi utk jiran2..sorang dptlah 6 biji..Alhamdulillah :)

SELAMAT MENCUBA YA!!!

Friday, 6 April 2012

SOTONG KICAP

Lagggggiii pheberet cik alya..nak buat macam mana..dah tu yg dimintak pagi tadi sebelum pergi ke sekolah .Suka hati chepuan sebab dah tau apa yg nak dimasak utk hari ini.. ;) Nak masak pon senang..haiiyaa manyak senang ati oii :))) Resepi yg simple ada kat bawah..

hati manyak suka..potong sutun jadi ini macam :>














 Bahan-Bahan..
1/2 kilo sotong sederhana-dibersihkan dan toskan
1 inci halia-dititik
3sb sos tiram
2 biji bawang putih-dititik
1biji bawang besar -dihiris
2 biji bawang merah-ditumbuk
2 biji lada besar-dihiris
1 biji tomato -potong
1 tangkai daun bawang-dihiris
1/2 cawan kicap
Garam dan gula

Cara memasak....
Tumiskan bawang putih,bawang merah dan halia..sehingga wangi
Masukkan sos tiram ,kicap..kacau..
Kemudian masukkan sotong bersama bawang besar..biarkan sekejap coz kalau terlalu lama sotong akan liat
Masukan lada besar bersama tomato dan daun bawang..
Perasakan dgn gula dan garam..siap

Kan dah kata sungguh simple..x sempat ketiak berpeluh orang kata..hehehehehe

SELAMAT MENCUBA YA!!!